Aku tulis: “this is it (attached) for whatever it’s worth. sorry if it’s a bit too late.”
Profesor Dr. Ng Kwan Hoong, yang dilahirkan pada tanggal 13 Februari 1954 dan berasal dari Selangor, merupakan seorang Profesor Kanan di Jabatan Pengimejan Bioperubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.
Beliau mula berkhidmat di Universiti Malaya sebagai pensyarah Fizik Perubatan di Jabatan Radiologi pada tahun 1990, sebelum bergelar Profesor Madya di Jabatan yang sama pada tahun 1996. Di atas kecemerlangannya di dalam bidang akademik, beliau diberikan jawatan Profesor pada tahun 2001 dan akhirnya pada tahun 2008 sebagai Profesor Kanan.
Di sepanjang kerjaya beliau sebagai ahli akademik, Profesor Dr. Ng telah menerbitkan sejumlah 120 kertas kerja di jurnal antarabangsa yang diiktiraf, 82 kertas kerja persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan 10 buah buku; selain daripada telah berjaya menyertai lebih 350 persidangan dan seminar di seluruh dunia. Pencapaian ini bukan saja terbatas dari segi penyelidikan peribadi, malah beliau turut menyelia seramai tiga orang pelajar di peringkat doktor falsafah (PhD) dan sejumlah 51 orang pelajar sarjana. Di samping itu, Prof. dan kumpulan penyelidiknya turut memenangi pelbagai anugerah di persidangan yang disertai, di antaranya:
- Hadiah kedua di National Innovation Awards 2008 Ministry of Health Malaysia Oct 14-15 2008
- Pingat Emas untuk Health and Allied Sciences Cluster pada University of Malaya Research, Invention and Innovation Expo 2009
- Anugerah “Outstanding oral presentation for imaging physics” di 8th Asia-Oceania Congress of Medical Physics and 6th South-East Asian Congress of Medical Physics Ho Chi Minh City, Vietnam, 29 Oct-1 Nov 2008
- Empat anugerah “Best student presentation awards” di Biophysics Seminar and the 4th Southeast Asian Congress of Medical Physics (SEACOMP), Jakarta, Indonesia 7-11 Nov 2006
- Tiga anugerah “Best student presentation awards” di International EMF Conference 2007: Electromagnetic Fields, Bioeffects Research, Medical Applications, and Standards Harmonization Kuala Lumpur June 4-7, 2007 ()
- Dua anugerah “Best student presentation awards” di 5th Southeast Asian Congress of Medical Physics (SEACOMP), Manila, Philippines Nov 21-23, 2008
Kesinambungan kecemerlangan beliau di dalam penyelidikan turut dibuktikan dengan menjadi salah seorang pemegang paten “A needle guide for ultrasound probe” (Malaysian Patent PI 20060883) pada tahun 2006 bersama BJJ Abdullah dan LK Tan.
Keunggulan Prof. Dr. Ng di dalam bidang penyelidikan fizik perubatan turut diakui di peringkat antarabangsa dan beliau telah dijemput untuk menyertai Badan Editor (Editorial Board) untuk pelbagai jurnal yang diiktiraf:
- * Biomedical Imaging and Intervention Journal (Pengasas dan Ketua Editor, 2005-sekarang) (Jurnal ini merupakan salah sebuah penerbitan Universiti Malaya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa)
- British Journal of Radiology (2005-2007)
- Journal of Australasian Physical & Engineering Sciences in Medicine (1991-sekarang)
- Physics in Medicine and Biology (1996-2000, 2005-2008)
- Electronic Medical Physics World (1997-sekarang)
- The Internet Journal of Medical Simulation and Technology (2002-sekarang)
- Journal of Mechanics in Medicine and Biology (JMMB) (2007-sekarang)
- Singapore Medical Journal (2005-2006)
- Jurnal Fizik Malaysia (2008-sekarang)
- The Malaysian Journal of Medical Laboratory Sciences (1992-sekarang)
- Suara Radiologi (Newsletter of the Malaysian Radiological Society) (1993)
Selain daripada itu, beliau turut aktif memberi sumbangan di dalam komuniti fizik perubatan dan radiologi dengan pelantikannya sebagai ahli jawatankuasa di pelbagai persatuan dan institusi yang berkaitan, termasuklah sebagai pengasas dan Presiden South East Asia Federation of Organizations of Medical Physics (SEAFOMP) (2000-2006), Naib Presiden Asia-Oceania Federation of Organizations of Medical Physics (AFOMP) (2006-sekarang), dan Pengerusi di pelbagai jawatankuasa di dalam International Organization for Medical Physics (IOMP) sejak 1997. Prof. Dr. Ng turut menjadi ahli International Advisory Committee of the WHO EMF Project (sejak 2005), IEEE International Committee on Electromagnetics Safety (sejak 2005), dan ahli majlis tertinggi Malaysian Institute of Physics (sejak 2008).
Beliau juga turut dilantik sebagai perunding untuk pelbagai badan dan institusi, termasuklah World Health Organization (WHO), International Atomic Energy Agency (IAEA), dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Prof. Dr. Ng juga merukan anak Malaysia pertama diterima sebagai ahli American Board of Medical Physics (1999) dan sebagai “Chartered Scientist” di Institute of Physics and Engineering in Medicine (2004).
Pencapaiannya yang gemilang turut diserikan lagi dengan menjadi penerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam/Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama di antara Sektor Awam dan Sektor Swasta oleh MAMPU pada tahun 2001 untuk “Total Radiology Management System”. Beliau juga merupakan penerima Pingat Inovasi Kebangsaan 2008 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk “A Low-Cost Phantom for Routine QC Testing of Single Photon Emission Computed Tomography (SPECT) Cameras”. Khidmatnya di Universiti Malaya turut diakui dengan pnerimaan anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 1993, 2000 (Melintang), 2001, 2003, 2004, 2005, dan 2007 (Cemerlang).
Yang amat membanggakan, nama Prof. Dr. Ng Kwan Hoong juga tersenarai di dalam Medical Physics Educator, Marquis Who’s Who in the World untuk edisi ke 12 dan 13, yang menyenaraikan penyelidik terkemuka di seluruh dunia dalam bidang fizik perubatan. Nama beliau turut disenarai pendek untuk penerbitan senarai terkini untuk tahun 2009. Selain daripada itu, beliau turut tersenarai di dalam Dictionary of International Biography (24th Edition, 1996).
Ya, penuh dengan entah-apa-apa dan typo errors. What do you expect when the deadline is an hour?